Friday, 3 February 2012

Tokoh terbilang


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Warganegara : Seluruh Alam
Jantina : Penghulu lelaki
Hari dan Tarikh lahir  : Isnin 12 Rabiul Awal 53 tahun  sebelum Hijrah/ 570 Masihi tahun Gajah
Agama : penghulu Agama Islam
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab- dimerdehekakan kerana kelahiran nabi sebabterlalu gembiranya Abu Lahab )
 - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak
1.      Zainab (31 tahun)
2.       Qasim  ( < 1 tahun) .
3.      Ruqaiyah (24 tahun)
4.      Ummi Kalthum (28 tahun)
5.      Fatimah Al-Zahra’ (29 tahun)
6.      Abdullah  (< 1 tahun)
7.      Ibrahim  (< 1 tahun/ masih kecil)
8.       Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]- melahirkan 6 anak bersama rasulullah.
 Pengalaman bekerja * Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. * Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. * Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. (dgn 10 orang anak  dan rasullulah( wasiat datuk rasullulah) * Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah.
ketua keluarga mithali sepanjang zaman : Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
 * Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
 * Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Istimewa :  Al-Amin: kerana baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.
Sifat-sifat terpuji  - Berkata benar (siddiq)
                                          - Boleh dipercayai (amanah)
                                          - Penyampai ajaran Islam (tabliq)
                                        - Bijaksana (fatanah)
                  (antara sifat fatanah)  Kota Mekah dilanda bajir ketika  Rasulullah berusia 35thn, menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
 Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: -
                       Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari Isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. - Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” - pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Berusia 40 tahun. Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

                    - Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) – remaja
 • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)-kanak-kanak
 • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) – wanita
 • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)- lelaki dewasa
Perkara yang khusus kepada baginda:-
1.      Musuh merasa takut sebelum menemui baginda dalam jarak waktu sebulan.
2.      Kefasihan daalam bicara
3.      Terpelihara dari dosa (maksum)
4.      Keluaraga dan keturunannaya dilarang menerima Zakat
5.      Dianatara kedua bahunya ada tanda kenabian
6.      Qiyamulail wajib atas baginda
7.      Saat matanya terpejam hatinya tetap terjaga
8.      Janda rasulullah dilarang dinikahi oleh sesiapa pun.
9.      Keizinan Allah baginda menikahi lebih emapat orang wanita.
10.  Pemimpin bani Adam, penutup para rasul dan nabi dan utusan baginda adalah kepada seluruh umat.


Khutbah terakhir nabi ( intipatinya) 9 Zulhijjah 10H – (lembah Uranah, Gunung Arafah)

1.      Jaga jiwa dan harta setiap orang muslim adalah amanah
2.      Jangan  kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu
3.      Ingat hari kematian dan hari pembalasan
4.      Riba adalah haram
5.      Waspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun pada perkara sekecil-kecilnya.
6.      Jaga keharmonian suami-isteri
7.      Zina adalah haram!!!
8.      Sempuranakan Rukun Islam
9.      Menegkalkan silaturahim sesama Islam
10.  Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnnah.

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
...
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ

مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ

أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ

يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ

حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ

رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ