Monday, 12 December 2011

STEVIA...........


STEVIA
Stevia  ialah tumbuhan renek yang tergolong dalam keluarga Chrysthemum
( la....... rasanya kita dah kenal… tea bunga. Pernah rasakan? Ni adik beradiknya la ). 
Stevia ini juga dikenali dengan gelaran “pokok gula”, disebabkan oleh daun dan batangnya yang berasa manis.(Dah namanya pokok gula tentu rasanya seperti gula…Tapi gula ni semut tak mahu dekat).
Ekstrak (pati) daripada tumbuhan Stevia ini telah lama (berkurun lama.. ku rasakan)  digunakan oleh masyarakat India Guarani untuk memaniskan tea (mereka dah tak hairan  lagi). 
Tapi jangan tak tahu kini, stevia dah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai pemanis makanan dan minuman atau sebagai diet makanan tambahan.
Stevia ialah alternative kepada gula tebu (manisnya 40 kali ganda lebih manis dari gula). Malahan ia gula yang Sihat dan Semulajadi. Stevia yang tulen Tiada Kalori,(dalam makanan lain kan dah ada) Tiada Karbohidrat,(pesakit kencing manis elok amalkan pengambilan ni..) Tiada Lemak,( nak diet bagus ni..)  dan Tidak Mempengaruhi Paras Gula dalam Darah,  Mengurangkan Angin dalam Badan (gastrik ok tu…)

Friday, 9 December 2011

Fenomena Alam 10/12/11

Gerhana Bulan yang akan muncul pada hari ini adalah satu dari ilmu Allah. Dia menunjukkan kekuasaanNya untuk seluruh makhluk. Bagi yang berfikir akan mendapat manafaatnya. 7.34 malam ini sehingga 1.04 pagi Ahad nanti. Gerhana bulan penuh akan bermula pada 10.06 malam dan berakhir 51 minit kemudian.

 PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( ( مؤكدة
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
 Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1)  niat untuk gerhana bulan

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) niat untuk gerhana matahari

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
2
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( .(جهر
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
HMS/sj…SolatGerhanaBulan-C2000
http://www.eocommunity.com/showthread.php?tid=30895

Tuesday, 6 December 2011

A friend is one to whom
    One may pour out all the
contents of one's heart,
         Chaff and grain together
      Knowing that the gentlest of
hand will take and sift it,
   Keep what is worth keeping
and with a breath
    of kindness blow
the rest away.

      "Arabian Proverb"

Monday, 5 December 2011